Saya
terfikir kenapa agaknya kerajaan BN zaman dahulu begitu prihatin terhadap
rakyatnya sehingga cerita-cerita lagenda wujud akibat bagaimana susahnya
pemimpin lama ingin membangunkan negara sambil membasmi kemiskinan. Cerita seperti
Tun Razak berjalan ke pedalaman untuk membangunkan kawasan luar bandar, atau
bagaimana Dr Mahathir semasa menjadi doktor berjalan jauh ke kawasan kampung
untuk menjumpai pesakit tanpa meminta bayaran. Tetapi hakikatnya, pemimpin
sekarang sudah hilang perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air (Alif Ba Ta),
kalau dahulu nama wakil rakyat begitu indah kerana mereka ini pemimpin sebuah
kawasan yang sentiasa boleh dipercayai ketika rakyat menghadapi kesusahan,
sekarang masyarakat pandang rendah terhadap pemimpin politik oleh sebab-sebab
tertentu.
Satu
perbezaan antara pemimpin politik dahulu dengan sekarang ialah kehidupan zaman
membesar. Tun Dr Mahathir ceritakan bahawa dahulu ironinya di Alor Setar, Kedah,
walaupun kawasan itu majoriti Melayu, tetapi semua kedai di kawasan bandar
dimiliki oleh bukan Melayu. Ini punca kedua-dua Tun berusaha untuk melihat
saudara seagama dan sebangsa maju dari segi ekonomi, dan sebab Tun Dr Mahathir
menyertai arena politik, walaupun Tun Dr Mahathir sudah berumur, jangan harap
beliau akan membiarkan ekonomi Melayu hancur binasa dan kembali kepada zaman
remaja beliau.
Sekarang
Alhamdulillah, dengan usaha pemimpin lama, sudah banyak kedai dan kilang milik
bumiputera, walaupun tidak sebanyak milik bukan bumiputera tetapi ia tidak
seteruk zaman sebelum merdeka. Disebabkan kuota universiti dan MARA juga, ramai
bumiputera meneruskan pendidikan hingga ijazah atau lebih tinggi, dan mendapat
pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi. Sistem pendidikan ini sungguh
berjaya sehingga apabila membuat kajian terhadap latar belakang ketua-ketua
pembangkang, majoritinya adalah produk sistem ini dan tanpa pertolongan ini,
mereka tidak akan mendapat pendidikan tinggi. Jadi hidup seorang Melayu atau
rakyat Malaysia sudah mudah, tidak terlalu sukar seperti bapa atau datuk
mereka, jadi semangat perjuangan sudah berkurangan.
UMNO
perlu kembali ke pangkal jalan, sebenarnya ada ramai pemimpin UMNO yang berjiwa
rakyat cuma mereka kurang mendapat sokongan untuk diberi jawatan yang lebih
tinggi. Ramai ahli UMNO biasa, mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang
tinggi dan mempunyai banyak idea untuk membangunkan negara sambil membasmi
kemiskinan, tetapi entah kenapa suara-suara mereka tidak didengari oleh pucuk
pimpinan. Ada sebab Tun Razak membawa masuk balik Dr Mahathir ke dalam UMNO,
kerana Tun Razak tahu dia tidak akan hidup lama dan UMNO perlukan pemimpin muda
yang penuh dengan idea baru untuk meneruskan perjuangan, disebabkan itu ekonomi
Malaysia membangun dari US25billion pada 1981 kepada US110billion pada 2003.
Pemimpin UMNO sekarang perlu ikut jejak langkah Tun Razak, cari pemuda yang
mempunyai potensi dan berikan dia sokongan untuk naik, pemimpin yang tua dan
sudah tidak boleh beri idea kepada perjuangan lebih baik bersara. Proses ini akan
tingkatkan momentum perjuangan seperti zaman dahulu.
SL: Sekadar
luahan seorang penyokong setia UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan