Khamis, 13 Februari 2014

Tombak dan Lembing

Dua senjata Melayu ini mempunyai bentuk yang seakan-akan serupa tetapi berbeza dari segi sifat, reka bentuk dan kegunaannya.

Lembing kebiasaannya dibentuk dengan mata yang meruncing dan halus dengan batang pemegang yang ramping dan ringan. Ia diguna sebagai sejata dalam pertempuran taktikal (perang berkubu) dan juga untuk berburu. Ia biasa digunakan dengan cara direjam iaitu dilontar pada sudut tertentu ke udara sebelum ia melayang dan menikam sasaran.

Tombak pula mempunyai mata yang lebar berbanding lembing dengan mata yang kebiasaannya boleh ditanggalkan dari batang pemegangnya. Reka bentuk mata tombak kebiasaan berbentuk bersegi seperti kepala anak panah atau berlok seperti keris.
Tombak digunakan oleh penjaga Istana, pengawal Sultan dan sebagai alat kebesaran. Ia digunakan dalam pertempuran jarak dekat dan hanya untuk menikam. Tombak tidak direjam kerana sifatnya yang tidak sesuai dan tidak memiliki bentuk aerodinamik seperti lembing.

*Tombak Pahang mempunyai bentuk seakan-akan daun kopi.





SL: (gambar) Tombak yang digunakan dalam upacara pertabalan Sultan/Raja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan