Masyarakat
kita umumnya amat menggemari perkara mistik. Tidak dinafikan bahawa ada
sesetengah keris yang dipuja dan dikeramatkan sehingga keris tersebut
mempunyai khadam yang terdiri daripada kalangan jin. Justeru, jin khadam
tersebutlah yang akan memberikan 'nyawa' kepada keris tersebut agar ia
boleh berdiri dan dalam kes lain, ia mampu terbang, menari dan
melompat-lompat.
Namun suatu fakta yang jarang masyarakat kita ketahui ialah, keris yang
boleh berdiri juga menunjukkan keseimbangan dan kepandaian seseorang
'Empu' atau tukang keris yang menghasilkan bilah dan hulu yang sama
berat dan seimbang sehingga ia boleh didirikan.
SL: Jika dilihat dari sudut mistik, ya! kemungkinan ia ber"khadam". Namun, jangan kita lupa pada hukum keseimbangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan