Masyarakat
kita umumnya amat menggemari perkara mistik. Tidak dinafikan bahawa ada
sesetengah keris yang dipuja dan dikeramatkan sehingga keris tersebut
mempunyai khadam yang terdiri daripada kalangan jin. Justeru, jin khadam
tersebutlah yang akan memberikan 'nyawa' kepada keris tersebut agar ia
boleh berdiri dan dalam kes lain, ia mampu terbang, menari dan
melompat-lompat.
Namun suatu fakta yang jarang masyarakat kita ketahui ialah, keris yang
boleh berdiri juga menunjukkan keseimbangan dan kepandaian seseorang
'Empu' atau tukang keris yang menghasilkan bilah dan hulu yang sama
berat dan seimbang sehingga ia boleh didirikan.
SL: Jika dilihat dari sudut mistik, ya! kemungkinan ia ber"khadam". Namun, jangan kita lupa pada hukum keseimbangan.
Khamis, 13 Februari 2014
Perasap Keris
Keris
merupakan sejenis senjata Melayu lama yang dikaitkan dengan unsur
animisme dan Hindu-Buddha yang pernah menjadi anutan masyarakat rumpun
Melayu sebelum kedatangan Islam. Dahulunya pembuatan Keris bermotif Hindu
jelas dapat dilihat dari hulunya yang bercorakkan ukiran dewa-dewi dan
haiwan namun ditukar kepada corak abstrak dan tumbuh-tumbuhan setelah kedatangan Islam.
Antara kekeliruan dalam masyarakat ialah amalan mencuci atau memandikan Keris yang sering disalahertikan sebagai amalan memuja Keris. Hal ini mungkin terjadi kerana kekeliruan dan kekurangan informasi mengenai rasional disebalik bahan yang digunakan dalam ritual ini.
Pertamanya, melimaukan Keris. Tujuannya bagi menghakis permukaan logam keris dan membuang karat yang ada pada bilah keris. Bagi keris yang diselaputi karat yang agak teruk, ia akan dicacakkan pada buah nenas muda dan dibiarkan semalaman atau lebih bagi menghilangkan dan mengakis karat pada keris. Selain limau nipis atau limau purut, buah mengkudu juga terkadang digunakan untuk membersihkan keris.
Setelah dilimaukan, keris kebiasaannya akan direndam seketika di dalam air kelapa muda. Ini bagi meneutralkan kembali asid yang masih melekat pada bilah keris sebelum keris dibilas semula.
Setelah itu keris akan diperasap. Proses ini yang sering disalahertikan sebagai suatu bentuk pemujaan terhadap keris. Tidak dinafikan sesetengah penyimpan keris memperasapkan keris dengan tujuan untuk memberi makan kepada 'khadam' si penjaga keris, namun tujuan asal memperasapkan keris adalah bagi bilah keris benar-benar kering agar tidak berkarat. Kemenyan, Gaharu atau Cendana digunakan bertujuan bagi mewangikan bilah keris.
Setelah diperasap, keris akan disapukan dengan minyak dan disimpan. Kebiasaannya keris dicuci pada Awal Muharram sebagai satu simbolik kepada permulaan tahun yang baru.
Semoga kali yang akan datang kita tidak terburu-buru menghukum perkara yang belum jelas pada pengetahuan kita, terutamanya dalam adat istiadat Melayu yang sebenarnya tersulam padanya nilai dan falsafah Islam yang cuma ketara pada mereka yang mengetahuinya.
Keris digunakan sebagai senjata terakhir dalam pertempuran jarak dekat. Keris sifatnya untuk bertikam, bukan untuk bertetak. Adapun bertetak kebiasaannya akan menggunakan senjata lain yang dipanggil 'Sundang'.
Kebiasaannya Sundang berbentuk seakan-akan Keris panjang tetapi mata bilahnya lebih lebar dan hulunya lebih panjang.

Tombak dan Lembing
Dua senjata Melayu ini mempunyai bentuk yang seakan-akan serupa tetapi berbeza dari segi sifat, reka bentuk dan kegunaannya.
Lembing kebiasaannya dibentuk dengan mata yang meruncing dan halus dengan batang pemegang yang ramping dan ringan. Ia diguna sebagai sejata dalam pertempuran taktikal (perang berkubu) dan juga untuk berburu. Ia biasa digunakan dengan cara direjam iaitu dilontar pada sudut tertentu ke udara sebelum ia melayang dan menikam sasaran.
Tombak pula mempunyai mata yang lebar berbanding lembing dengan mata yang kebiasaannya boleh ditanggalkan dari batang pemegangnya. Reka bentuk mata tombak kebiasaan berbentuk bersegi seperti kepala anak panah atau berlok seperti keris. Tombak digunakan oleh penjaga Istana, pengawal Sultan dan sebagai alat kebesaran. Ia digunakan dalam pertempuran jarak dekat dan hanya untuk menikam. Tombak tidak direjam kerana sifatnya yang tidak sesuai dan tidak memiliki bentuk aerodinamik seperti lembing.
*Tombak Pahang mempunyai bentuk seakan-akan daun kopi.
SL: (gambar) Tombak yang digunakan dalam upacara pertabalan Sultan/Raja

TERAKOL
Terakol
atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang
dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel
lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia
membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol
berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan
bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam
peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,
juga askar Brunei menentang Raja Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat. Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
SL: serba sikit info untuk adik2 yang dok skolah lagi tuu haa..jangan ingat dulu kita perang guna Keris, Parang atau Tombak jaa..

WARISAN ALAM MELAYU
Sirih kebiasaannya dimakan oleh orang Melayu bagi tujuan
tertentu, antaranya bagi mewangikan mulut kerana sirih mempunyai bahan
antiseptik yang boleh membendung pembiakan kuman.
Sirih biasa dimakan bersama kapur, pinang, gambir, cengki h dan berberapa bahan lain.
Kacip digunakan bagi membelah buah pinang. Manakala gobek digunakan untuk melumatkan sirih bagi golongan warga emas yang tidak mampu memamah daun sirih tersebut.
Dari segi adat, sirih terkadang dijamu ketika menuntut ilmu sebagai tanda mengikat hubungan guru dan pelajar. Tepak sirih pula dijadikan hantaran dikhususkan buat orang-orang tua di pihak kedua belah pengantin.
Gambar: Tepak Sirih bersama Kacip dan Gobek.
Wallahu A'lam
SL: kecik kecik dulu gua penah makan sireh, kelat baq hang!
Sirih biasa dimakan bersama kapur, pinang, gambir, cengki
Kacip digunakan bagi membelah buah pinang. Manakala gobek digunakan untuk melumatkan sirih bagi golongan warga emas yang tidak mampu memamah daun sirih tersebut.
Dari segi adat, sirih terkadang dijamu ketika menuntut ilmu sebagai tanda mengikat hubungan guru dan pelajar. Tepak sirih pula dijadikan hantaran dikhususkan buat orang-orang tua di pihak kedua belah pengantin.
Gambar: Tepak Sirih bersama Kacip dan Gobek.
Wallahu A'lam
SL: kecik kecik dulu gua penah makan sireh, kelat baq hang!
Langgan:
Catatan (Atom)