Saya mewakili orang
Melayu yang telah mengundi UMNO ingin melahirkan rasa terkilan dan dukacita
terhadap perkembangan yang berlaku di Tanah Air kami.
2. Kami faham betapa
getirnya cabaran yang terpaksa diharungi oleh YAB untuk mengekalkan kestabilan
dan keharmonian negara berbilang bangsa ini. Kami juga akur bahawa perlu ada
"give and take" dan toleransi sesama kaum.
3. Pada tanggal 5 Mei
yang lalu,genaplah setahun usia kerajaan BN diberi mandat sekali lagi untuk
terus kekal memerintah. Buat pengetahuan YAB, sukacita diperingatkan bahawa
mandat memerintah kali ini diberikan kepada BN oleh majoritinya orang Melayu.
4. Di sini juga ingin
disuarakan bahawa orang Melayu yang mengundi UMNO tempoh hari, kebanyakannya
bukanlah ahli UMNO. Saya juga tidak terkecuali, saya bukan ahli UMNO, tetapi
mengundi BN.
5. Mutakhir ini, kami,
orang Melayu berasa gusar ke manakah bahtera UMNO, satu-satunya kapal Melayu
akan dikemudi? Kami begitu runsing kerana secara amnya, hak-hak Melayu sudah
tidak lagi menjadi keutamaan UMNO mengikut kaca mata kami.
6. Orang-orang di
sekeliling YAB sudah tentu sekali memberikan laporan 'khidmat cemerlang', dan
kononnya YAB Dato' Sri sangat disayangi rakyat (mungkin mereka memberi contoh:
betapa ramainya yang memakai baju "I Love PM" ). Tetapi hakikat yang
sebenarnya tidaklah begitu memberangsangkan.
7. YAB lulusan
pengajian luar negara, kami yakin Dato' Sri tergolong dalam golongan cerdik
pandai dan mampu gunakan mata hati bagi menapis antara "pujian yang
melalai dan merosakkan" dengan "kritikan yang membina dan
ikhlas"
8. Sebgai golongan
cerdik pandai, tentu sekali YAB dapat menilai betapa cepatnya jatuh pemimpin
yang dipandang lemah dan tidak mampu menegakkan pendirian di hadapan rakyat.
9. Akhir-akhir ini,
kami dapati begitu banyak isu sensitif melibatkan agama kami (Islam) dan bangsa
kami (Melayu) acap kali dihina dan dimalukan oleh kaum lain. Contohnya, isu
mengajak makan babi di bulan puasa. Ia isu yang sangat sensitif. Di manakah
suara UMNO, dan apakah pula pendirian kabinet berkenaan isu tersebut?
10. Kami berikan mandat
kepada BN atas dasar kepercayaan. Tidak berapa lama dahulu, ada Menteri kabinet
yang mengisytiharkan adanya dalang tragedi Lahad Datu di kalangan pembangkang.
Kami percayakan beliau. Sehingga kini, tiada pula tangkapan dalang tersebut
dari kalangan pembangkang.
11. Pembangkang
sewenang-wenangnya menghinjak maruah UMNO dengan propaganda dan fitnah mereka.
Adakah YAB akan hanya berdiam diri seribu bahasa dan mengharapkan mereka akan
berhenti menghina UMNO?
12. Jika YAB pilih
untuk berdiam diri, itu hak Dato' Sri. Tetapi bagi kami orang Melayu, kami
masih ada maruah, dan tidak sanggup dibangsatkan oleh anak-cucu kami
13. Marilah kita
mengambil pengajaran daripada robohnya Kota Melaka pada tahun 1511. Untuk bina
empayar , masa berpuluh tahun diambil. Untuk ianya musah, hanya sekelip mata.
14. YAB Dato' Sri
mewarisi kerajaan yang baik. Bapa-bapa pengasas negara kita tentu sekali berasa
bangga dan senang hati sekiranya Dato' Sri dapat meneruskan kesinambungan
perjuangan survival bangsa Melayu
15. Kami, orang Melayu
juga berharap agar slogan "Hidup Melayu" tidak hanya meniti di bibir
hanya ketika mengemis sokongan Melayu semasa pilihanraya atau pemilihan UMNO
sahaja. Ini negara Malaysia, hak Melayu mesti dipertahankan
16. Identiti bangsa
MESTI diabadikan di dalam dokumen-dokumen rasmi kerajaan bagi memudahkan hak
keistimewaan Melayu dan bumiputera diberikan kepada yang berhak
17. Untuk makluman YAB
Dato' Sri, kepercayaan rata-rata rakyat, khususnya orang Melayu terhadap Dato'
Sri kian pudar kerana kami dapati UMNO sudah bukan lagi parti Melayu, tetapi
hanya lebih kepada ingin mengekalkan kuasa pemerintahan. Pandangan ikhlas kami,
kedudukan UMNO umpama telur dihujung tanduk
18. Kami faham, YAB
Dato' Sri mungkin menghadapi tekanan dari segala sudut oleh puak chauvinis dan
extremis. Dari sudut yang lain, kami mahukan YAB Dato' Sri faham bahawa orang
Melayu juga jika dihimpit dan ditindas sehingga ke satu sudut, akan turut
bangkit memberikan tekanan kepada YAB. Maka, adalah lebih bijak seandainya
Dato' Seri dapat melayan tuntutan majoriti daripada menimbulkan rasa kesangsian
di kalangan rakyat majoriti Melayu
19. Pemberian BR1M
walaupun adalah langkah yang patut dipuji, tetapi pada pandangan kami bukanlah
tindakan yang baik. Agak ironi apabila kerajaan mengumumkan langkah penjimatan
terhadap pelbagai agensi kerajaan, tetapi pada masa yang sama membelanjakan
berbilion ringgit untuk duit 'one-off' setahun sekali. Bukankah lebih baik
sekiranya duit sebanyak itu dilaburkan untuk prasarana dan infrastruktur
kritikal seperti pendidikan dan kesihatan? Pemberian BR1M adalah umpama candu.
Sekali dapat, selamanya rakyat akan ketagih, dan masalah bakal timbul sekiranya
kerajaan sudah tidak lagi mampu menanggung kos BR1M yang kian meningkat saban
tahun.
20. YAB Dato' Sri, kami
berharap agar Dato' Sri dapat mengambil pandangan daripada bekas PM, Tun Dr
Mahathir tentang bagaimanakah resipi mengemudi negara berbilang kaum dengan
tegas. Di bawah pemerintahan Tun Mahathir, tiada puak chauvinis yang berani
mendongak langit menuntut itu atau ini. Malah, mereka memberikan kerjasama yang
baik bagi bersama-sama membangunkan negara.
21. Saya berharap agar
Dato' Sri dapat meneliti kesemua isi kandungan surat terbuka ini dan menilai
dengan sejujur-jujurnya dengan mata hati Dato' Sri dan tidak hanya mengharapkan
'makmal-makmal' dan PEMANDU untuk menjalankan tugas berfikir.
Akhir kata, saya mendoakan
agar Dato' Sri sekeluarga dicucuri rahmat dan semoga Dato' Sri terbuka hati
untuk menerima kritik dan saran oleh orang Melayu pula.
Yang ikhlas,
Seorang Melayu pengundi
UMNO
*SL: Wahai pejuang UMNO, dimanakah letaknya maruah bangsa yang pernah Laksamana Hang Tuah didik dahulu? "takkkan Melayu hilang di dunia" maka perjuangkanlah. Bertindaklah sebelum bala tenteramu bertindak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan