Khamis, 13 Februari 2014

WARISAN ALAM MELAYU

Sirih kebiasaannya dimakan oleh orang Melayu bagi tujuan tertentu, antaranya bagi mewangikan mulut kerana sirih mempunyai bahan antiseptik yang boleh membendung pembiakan kuman.

Sirih biasa dimakan bersama kapur, pinang, gambir, cengkih dan berberapa bahan lain.

Kacip digunakan bagi membelah buah pinang. Manakala gobek digunakan untuk melumatkan sirih bagi golongan warga emas yang tidak mampu memamah daun sirih tersebut.

Dari segi adat, sirih terkadang dijamu ketika menuntut ilmu sebagai tanda mengikat hubungan guru dan pelajar. Tepak sirih pula dijadikan hantaran dikhususkan buat orang-orang tua di pihak kedua belah pengantin.

Gambar: Tepak Sirih bersama Kacip dan Gobek.

Wallahu A'lam









SL: kecik kecik dulu gua penah makan sireh, kelat baq hang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan